KESALAHAN-KESALAHAN BAHASA YANG SERING KITA LAKUKAN.......
Kesalahan Ejaan
1. Kesalahan pola keselarasan vokal
Keselarasan vokal Salah Betul
a - i aleh alih
a - u basoh basuh
e pepet - i betek betik
e pepet - u sebot sebut
e taling - a diwan dewan
e taling - o isok esok
i - i pileh pilih
i - u rioh riuh
o - e taling olih oleh
u - a obat ubat
u - i kueh kuih
u - u untok untuk
Namun begitu, terdapat beberapa perkataan yang dipinjam daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris yang dikecualikan daripada sistem keselarasan vokal ini. Antaranya ialah :
aneh, awet, calon, lakon, lapor, pamer, perabot, lancong, atom, bonus, fokus, tiket, enjin dll.
2. Kesalahan ejaan gugus konsonan
Salah Betul
belok blok
derama drama
deraf draf
kelinik klinik
setor stor
3. Kesalahan ejaan kata majmuk
Salah Betul kapalterbang kapal terbang
gurubesar guru besar
aturcara atur cara
urusetia urus setia
tengahari tengah hari
samada sama ada
keretapi kereta api
alatulis alat tulis
duapuluh dua puluh
antara bangsa antarabangsa
beri tahu beritahu
bumi putera bumiputera
jawatan kuasa jawatankuasa
kaki tangan kakitangan
kerja sama kerjasama
olah raga olahraga
mata hari matahari
setia usaha setiausaha
suka rela sukarela
suruhan jaya suruhanjaya
tanda tangan tandatangan
tanggung jawab tanggungjawab
warga negara warganegara
pesuruh jaya pesuruhjaya
4.Kesalahan berkait dengan prinsip mempertahankan bentuk visual kata pinjaman
Salah Betul
odit audit
dailog dialog
petrolium petroleum
otomobil automobil
talipon telefon
ajenda agenda
teknoloji teknologi
institiut institut
katun kartun
5.Kesalahan berkait dengan ejaan perkataan kerana pengaruh ejaan lama atau pengaruh bahasa Indonesia
Salah Betul
kekanda kakanda
pengkalan pangkalan
pesaka pusaka
selsema selesema
jamaah jemaah
ishtihar isytihar
istirehat istirahat
peha paha
nenas nanas
6.Kesalahan berkait dengan cara mengeja kata sendi nama dan awalan
Salah Betul
disana di sana
dirumah di rumah
dikebun di kebun
dibawah di bawah
di pukul dipukul
di rebus direbus
di ulang-ulang diulang-ulang
di gembar-gembur digembar-gembur
kebelakang ke belakang
kekiri ke kiri
keSelangor ke Selangor
ke sepuluh kesepuluh
ke lima-lima kelima-lima
RahmatbelaskasihMU
Ahad, 2 Disember 2012
Khamis, 15 November 2012
Selasa, 30 Oktober 2012
TOLONGLAH........
Selepas beberapa hari still kosong..kosong..oo..tolong la penohkan blog syer...!! huwaaa... stress nye cek e gu...!!
Jumaat, 26 Oktober 2012
Langgan:
Catatan (Atom)